fbpx

Makan nasi sambil minum air lemah badan, tenaga batin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tok Wan menunjukkan MyKad miliknya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Barokhas, Kuala Nerang semalam.

KUALA NERANG – Seorang bekas guru silat berusia 98 tahun mendedahkan dia tidak makan sambil minum air kerana didakwa memberi kesan sampingan kepada kesihatan seperti lemah badan dan tenaga batin.

Menurut Mat Piah Musa yang lebih gemar membahasakan dirinya Tok Wan, dia juga menjaga pemakanan dan kerap bersenam untuk mengekalkan kesihatannya.

“Jangan makan sambil minum air kerana bukan sahaja melemahkan anggota badan tetapi turut memberi ­kesan kepada tenaga batin.

“Sebaliknya, lakukan amalan gaya hidup sihat seperti menjaga pemakanan dan bersenam. Tok Wan mengamalkan amalan itu sejak muda lagi,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Barokhas di sini semalam.

Tok Wan yang mendakwa umur sebenarnya 106 tahun kini tinggal bersendirian selepas kematian isteri lima tahun lalu.

Warga emas itu pernah mendirikan rumah tangga sebanyak 13 kali sejak usia 25 tahun dan dikurniakan tujuh anak, 30 cucu dan 18 cicit.

Menurut Tok Wan, dia sering menegur mereka yang didapati melakukan amalan tersebut terutama anak-anak dan cucunya.

“Bagaimanapun sejak ketia­daan gigi, Tok Wan sudah tidak mengambil ulam lagi dan hanya makan sayur-sayuran lembut sahaja,” ujarnya yang juga merupakan bekas anggota Pasukan Kawalan Tempatan Tanah Me­layu (Home Guard).

Tambahnya, dia bersyukur dan rasa bersemangat setiap kali tiba bulan Ramadan.

“Tok Wan masih dapat ber­puasa tetapi akan berbuka awal sekiranya tidak sihat dan keletihan.

“Anak-anak Tok Wan yang tinggal berdekatan akan menghantar juadah berbuka puasa dan bersahur pada setiap hari,” katanya.

Mat Piah pernah dianugerahkan Tokoh Seni Pendekar pada 2004 di peringkat kampung berkenaan.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI