fbpx

Mahkamah lucut hak wang milik isteri Addy Kana

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

KUALA LUMPUR – Wang tunai milik isteri kepada ‘Datuk Addy Kana’, Alyaa Syuhaila Mohamad Shariff berjumlah RM353,723.81 dan wang RM75,846.82 milik syarikatnya, Nine Nine International yang didakwa diperoleh melalui hasil daripada aktiviti haram kini menjadi milik kerajaan.

Ia berikutan Hakim Mahkamah Tinggi Mohamed Zaini Mazlan memerintahkan wang itu dilucut hak kepada kerajaan selepas Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Nik Haslinie Hashim selaku pemohon memaklumkan bahawa Alyaa Syuhaila sebagai responden bersetuju harta tersebut diserahkan kepada kerajaan.

“Pada 26 November 2021 pihak responden telah menghantar representasi dan representasi tersebut telah diterima oleh pihak pemohon (SPRM).

“Responden bersetuju item-item dalam permohonan (pemohon) dilucut hak. Saya mohon agar permohonan pemohon untuk melucut hak wang milik Alyaa Syuhaila berjumlah RM353,723.81 yang berada di dalam lima akaun banknya dan wang RM75,846.82 milik Nine Nine International dibenarkan,” kata Nik Haslinie.

Sementara itu, peguam Nur Fatin Najwa Ahmad Zainol yang mewakili Alyaa Syuhaila berkata anak guamnya bersetuju untuk item-item tersebut diserahkan kepada kerajaan.

Pada 29 September tahun lalu pendakwa raya selaku pemohon memfailkan notis usul melucut hak wang tersebut secara berasingan dengan menamakan Alvin ,34,  syarikatnya, Malaysian House of Internet Sdn. Bhd. dan Networld Computer (KL) Sdn. Bhd. serta Alyaa, 35, dan syarikatnya, Nine Nine International Sdn. Bhd selaku responden.

Berdasarkan dokumen, antara alasan permohonan tersebut adalah wang-wang tersebut merupakan hasil aktiviti aktiviti haram iaitu sindiket pusat operasi perdagangan kripto tanpa lesen dan judi atas talian dan merupakan satu kesalahan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA 2001).

Pewartaan notis itu bagi membolehkan pihak berkepentingan terbabit untuk tampil ke mahkamah pada hari yang akan ditetapkan kemudian bagi memberikan alasan mengapa harta berkenaan tidak sepatutnya dilucut hak oleh kerajaan.

Menerusi notis usul tersebut, kerajaan melalui Jabatan Peguam Negara (AGC) memohon untuk melucutkan wang daripada tiga akaun peribadi Alvin berjumlah RM60, 232.01 dan dari akaun-akaun syarikat miliknya, Malaysia House of Internet (RM10,588.94) dan Networld Computer (RM16,721.75).

Turut dimohon untuk dilucutkan hak ialah wang daripada lima akaun peribadi Alyaa berjumlah RM353,723.81 dan daripada akaun syarikat Nine Nine yang mana sebanyak RM75,846.82.

Kesemua akaun-akaun tersebut telah dibekukan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) antara Disember tahun lalu dan Januari tahun lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI