fbpx

Lelaki maut, kereta dipandu terbabas ke dalam anak sungai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG lelaki maut selepas kereta dipandunya terbabas ke dalam kawasan anak sungai dalam kejadian di Kilometer 15 Jalan Seremban-Kuala Pilah, Kuala Pilah malam tadi.

KUALA PILAH – Seorang lelaki maut selepas kereta yang dipandunya dipercayai terbabas ke dalam kawasan anak sungai dalam kejadian di Kilometer 15 Jalan Seremban-Kuala Pilah di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintenden Amran Mohd. Ghani berkata, dalam kejadian pukul 9 malam itu, mangsa dikenali sebagai Lokman Nurhakim Ariffin, 33, meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan di kepala dan tangan.

“Siasatan awal mendapati, kemalangan berlaku semasa mangsa yang memandu kereta Proton Saga dalam perjalanan dari Seremban menuju ke Kuala Pilah.

“Apabila sampai di lokasi kejadian, dipercayai mangsa telah hilang kawalan dan telah terbabas sehingga ke dalam anak sungai di bahu jalan sebelah kiri arah Kuala Pilah.

“Akibat daripada kemalangan tersebut, mangsa telah meninggal dunia di tempat kejadian. Mayat mangsa telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Tuanku Ampuan Najihah, Kuala Pilah bagi tujuan bedah siasat, ” katanya dalam kenyataan hari ini.

Amran berkata, siasatan lanjut masih diteruskan dan kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Aktan Pengangkutan Jalan 1987. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI