fbpx

KPDNHEP rampas 56,697 diesel, petrol di Bukit Kayu Hitam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zalina (kanan) menunjukkan lori dengan nombor pendaftaran Thailand yang disita dalam serbuan di lokasi penyimpanan diesel dan petrol haram di Bukit Kayu Hitam pada kelmarin.

JITRA – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kedah merampas sebanyak 42,517 liter diesel dan 14,180 liter petrol kerana disimpan di premis tidak dilesenkan di Kawasan Perindustrian Bukit Kayu Hitam dekat sini kelmarin.

Ketua Pegawai Penguat Kuasanya, Zalina Aziz berkata, pihaknya dalam masa sama mengesyaki diesel dan petrol itu yang bernilai RM569,000 turut diseleweng dengan dijual kepada kenderaan dari negara jiran.

Menurutnya, ketika serbuan itu dijalankan kira-kira pukul 2 petang, Isnin lalu, sebuah lori treler dengan nombor pendaftaran Thailand turut berada di lokasi berkenaan bagi mengisi minyak.

“Pemilik diesel dan petrol ini sebenarnya merupakan pemborong yang sah dan memiliki lesen untuk berbuat demikian, namun dia didapati menyimpan bahan api itu bukan di lokasi yang dilesenkan.

“Selain itu, risikan dijalankan pihak kami dalam tempoh empat minggu kebelakangan ini turut mendapati pergerakan lori-lori tangki ke kawasan tersebut. Dipercayai lokasi tersebut baru dibuka kira-kira dua bulan lalu,” katanya ketika ditemui di Stor KPDNHEP di Tunjang, dekat sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI