fbpx

Kakak melecur selamatkan adik OKU

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEJADIAN kebakaran sebuah rumah di Kampung Pahang Tua di Pekan hari ini.

PEKAN – Seorang kakak sanggup meredah api bagi menyelamatkan adiknya yang merupakan orang kelainan upaya (OKU) dalam satu kejadian kebakaran yang berlaku di Kampung Pahang Tua, di sini, hari ini.

Kejadian kira-kira pukul 9 pagi itu mengakibatkan Al Fadilah Abdul, 44, dan adiknya, Norsyabitah Abdul, 23, cedera dan melecur di bahagian kaki dan muka.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pekan, Wan Samsul Effendi Wan Mahmud berkata, pihaknya menerima panggilan berkaitan kejadian kebakaran berkenaan kira-kira pukul 9.30 pagi.

“Pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Peramu bergegas ke lokasi kejadian dan mendapati sebuah rumah separa kekal telah terbakar.

“Didapati 70 peratus rumah telah terbakar dan terdapat dua mangsa cedera dan melecur di bahagian kaki dan muka,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, kedua-dua mangsa pula dihantar ke hospital berhampiran bagi mendapatkan rawatan lanjut. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI