PETALING JAYA – Hujan lebat, ribut petir serta angin kencang dijangka berlaku di beberapa negeri utara Semenanjung sehingga pukul 2 petang nanti.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan di laman Facebook sebentar tadi memaklumkan, negeri yang terlibat adalah Kedah, Pulau Pinang dan Perak.
Jelasnya, di Kedah ia tertumpu sekitar Kulim dan Bandar Baharu serta keseluruhan negeri Pulau Pinang.
Selain itu, bagi negeri Perak pula, cuaca buruk itu diramal melanda Kerian dan Larut, Matang dan Selama hari ini.
Sehubungan itu, MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir bagi tiga negeri terlibat ekoran ramalan cuaca yang tidak menentu itu. – KOSMO! ONLINE