fbpx

Hazama sasar jadi pengarah umur 40

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HAZAMA

ENGGAN selama-lamanya mencatu rezeki sebagai penyanyi, Hazama kini menetapkan tekad menumpukan perhatian terhadap lakonan sambil mempelajari kerja belakang tabir sebagai persediaan duduk di kerusi pengarah pada usia 40 tahun.

Katanya, impian bergelar sutradara tercetus ketika membintangi filem Rock 4: Rockers Never Dai bawah arahan sutradara prolifik, Allahyarham Mamat Khalid.

“Saya sukakan cabaran dan kepelbagaian. Sebelum ini cita-cita jadi penyanyi sudah tercapai. Jadi, saya cabar diri ke cabang seni lain pula.

“Ikutkan saya ada tiga tahun lagi untuk timba ilmu ke arah impian tersebut.

“Disebabkan saya tak belajar secara formal ilmu pengarahan di mana-mana universiti, saya kena rajin bertanya dengan sutradara sedia ada mahu pun kru belakang tabir.

“Allahyarham Mamat menjadi individu pertama yang banyak kongsi dunia pengarahan dan sepanjang penggambaran Rock 4, saya suka tengok cara kerja beliau.

“Raja Mukhriz dan Bade juga antara insan penting yang tak lokek berkongsi pengalaman. Sebenarnya ramai lagi yang sedia berkongsi kecintaan mereka tentang pengarahan

“Filem itu dapat ditayangkan di pawagam pun sudah satu kejayaan buat saya,” katanya ketika ditemui pada majlis Iftar Hot FM dan Molek FM baru-baru ini.

MENJADIKAN Mawi sebagai inspirasi atau contoh terdekat, Hazama percaya jika berani menyahut cabaran dan ada keyakinan, dia juga boleh bergelar pengarah suatu hari nanti.

Terbaharu pemilik nama sebenar Hazama Ahmad Azmi, 37, itu selesai menyempurnakan drama komedi berjudul Hantu Karaoke bergandingan dengan penyanyi Nabila Razali.

Sepanjang Ramadan hingga selepas cuti raya, penyanyi Relakan Jiwa itu sibuk pula di lokasi penggambaran drama bersiri 24 episod, Epilog 3 Naga.

Katanya, drama bersiri tersebut berbeza dengan penampilannya dalam beberapa naskhah terdahulu apabila diamanahkan membawakan karakter serius.

“Memang jadual lakonan saya agak padat dengan satu persatu tawaran tetapi tak bermakna saya letakkan tepi nyanyian. Orang sudah tahu saya penyanyi.

“Apabila masuk ke dunia lakonan, saya bukan rembat semua pelawaan sebab kita ada sasaran. Kena tengok dulu sesuai atau tidak sesuatu watak yang kita kena bawa.
“Sekarang memang saya nak cuba menjayakan pelbagai watak sebagai persiapan ke arah pembikinan filem pertama itu nanti filem nanti,” tambah anak jati Perak itu.

Bercakap tentang risiko berhadapan kritikan, Hazama menyifatkan perkara tersebut sebagai lumrah malah terbiasa sejak sejak awal bergelar penyanyi.

“Bagi saya kita kena yakin pada diri. Contoh paling dekat ialah Mawi. Dia tiada pengalaman buat filem tapi berjaya.

“Begitu juga Amen, anak Abang Mamat yang nyata punya kelebihan sebagai sutradara.

“Kalau mereka mampu meredah cabaran besar sebelum dapat merealisasikan filem sulung yang ditunggu-tunggu, maknanya saya juga boleh,” ujarnya lagi.

Selain Rock 4: Rockers Never Dai, anak seni yang dicungkil bakat daripada program Akademi Fantasia musim keempat itu pernah membintangi filem Apa Celop Toq, Hantu Nan Sempit, Lari dan Tiada Tajuk, selain hampir 20 naskhah drama televisyen.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI