fbpx

EB rai Ramadan, edar 1,000 bubur lambuk tulang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Petugas mengacau bubur lambuk sebelum diedarkan kepada orang ramai di Masjid Saidina Hamzah, Kampung Batu Muda, Kuala Lumpur kelmarin.

KUALA LUMPUR – Jenama makanan sejuk beku terkemuka, EB Frozen Food Sdn. Bhd. (EB) terus meraikan semangat Ramadan dengan mengedarkan 1,000 pek bubur lambuk kepada orang ramai di Masjid Saidina Hamzah, Kampung Batu Muda di sini semalam.

Program anjuran EB bersama syarikat Media Mulia Sdn. Bhd. itu bermula kira-kira pukul 3.30 petang menyediakan hidangan unik dan popular di masjid tersebut iaitu bubur lambuk tulang.

Eksekutif Kanan Pemasaran EB, Noor Azlin Badrim berkata, lokasi berkenaan merupakan destinasi keempat sempena program Ramadan kali ini.

“Program pada hari ini (kelmarin) bertujuan untuk terus meraikan Ramadan dengan hidangan unik yang disediakan oleh Sofiya katering di samping memperkenalkan produk EB kepada orang ramai.

“Kami mengedarkan kira-kira 1,000 pek cenderahati dari EB yang mengan­dungi bubur lambuk beserta produk popular EB antaranya Tempura Chicken Nugget dan ring roll (gegelung kacang soya) bersama dua akhbar terbitan Media Mulia,” katanya di sini semalam.

Kakitangan EB dan Media Mulia menyerahkan pek cenderahati kepada orang ramai yang berada di pekarangan masjid.

 

Sementara itu, Azlin menerangkan, terdapat dua lagi lokasi yang mana EB akan membuat edaran yang sama iaitu di Masjid Kampong Bharu, Kuala Lumpur pada 25 April dan di Masjid Sultan Iskandar, Johor Bahru pada 28 April ini.

“Kami berharap orang ramai dapat mencuba produk EB yang kami edarkan secara percuma untuk berbuka puasa serta menikmatinya bersama keluarga.

“Kebanyakan daripada produk EB adalah bersifat ringkas dan mudah terutama dari segi penyediaannya, bersesuaian dengan perubahan gaya hidup masyarakat masa kini.

“Buat mereka yang tidak mempunyai masa dan sentiasa sibuk, produk EB boleh disediakan dalam masa yang singkat tanpa perlu dinyah beku,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI