BANDAR BAHARU – Polis berjaya menahan dua lagi lelaki etnik Rohingya yang ditemui bersembunyi di dalam longkang dekat Sungai Rambai di Relau dekat sini pada malam ini.
Kedua-dua tahanan tersebut ditemui dalam operasi dijalankan sepasukan Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah bersama penduduk kampung pada pukul 10 malam tadi.
Terdahulu, polis menerima maklumat daripada penduduk yang terserempak dengan beberapa lelaki dipercayai etnik Rohingya yang melarikan diri dari Depot Imigresen Sementara Relau di sini.
Lelaki warga asing itu dikatakan cuba menghampiri penduduk kampung untuk meminta makanan kerana kelaparan. – KOSMO! ONLINE