fbpx

Dua bersekongkol buat tuntutan palsu RM150,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

JOHOR BAHRU – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor telah menahan dua lelaki iaitu pemilik syarikat pembinaan dan pengurus besar syarikat pangkalan pelabuhan kerana disyaki mengemukakan tuntutan palsu yang dianggarkan berjumlah hampir RM150,000.

Menurut sumber, pemilik syarikat pembinaan berusia 30 itu ditahan di pejabat SPRM Johor kira-kira pukul 6 petang semalam selepas hadir memberikan keterangan.

Sumber itu berkata, pengurus besar syarikat pangkalan pelabuhan yang berusia 39 tahun itu pula ditahan kira-kira 8.30 malam di lokasi sama.

Difahamkan, pada tahun lalu, pengurus besar terbabit telah meluluskan tiga tuntutan pembekalan dan pemasangan kabin daripada pemilik syarikat pembinaan berkenaan sedangkan ia tidak mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan.

Sementara itu, Pengarah SPRM Johor, Datuk Azmi Alias ketika dihubungi mengesahkan kedua-dua penahanan terbabit dan berkata kes disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Kedua-dua suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Johor Bahru pagi ini bagi mendapatkan permohonan reman.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI