fbpx

Dadah RM7.7 juta dirampas, 9 suspek dicekup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ayob Khan menunjukkan dadah syabu dan ganja bernilai RM7.7 juta yang berjaya dirampas di Sungai Petani, baru-baru ini.

ALOR SETAR – Polis berjaya menumpaskan sindiket pengedaran dadah di utara Semenanjung serta merampas 258 kilogram (kg) syabu dan ganja bernilai RM7.7 juta pada 16 hingga 18 April lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay memberitahu, polis turut menahan sembilan suspek lelaki berusia lingkungan 31 hingga 52 tahun yang dipercayai terlibat dalam sindiket tersebut sejak pertengahan tahun lepas.

Katanya, operasi dijalankan Bukit Aman dengan kerjasama JSJN Kedah dan Perlis.

“Operasi melibatkan lima serbuan di Kedah dan Pulau Pinang yang mana operasi pertama berjaya menangkap empat suspek di Kepala Batas, Pulau Pinang.

“Susulan tangkapan itu, kita membuat serbuan di Sungai Petani dan menjumpai syabu seberat 212 kg dan ganja seberat 46 kg disorokkan di sebuah rumah. Lima lagi suspek ditahan dalam operasi kedua,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah di sini hari ini.

Katanya, modus operandi yang digunakan sindiket berkenaan adalah menyeludup bekalan dadah dari Kelantan ke Kedah melalui jalan darat sebelum diedar di pasaran tempatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI