fbpx

Biskut ‘hamster’ terlalu comel untuk dimakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Biskut-biskut ini dihasilkan dengan amat teliti, dengan ada daripadanya yang bermata bulat, serta yang lainnya menutup mata seolah-olah sedang tidur. – Mocha Mocha

TOKYO – Seorang artis seni hidangan pencuci mulut di Jepun menghasilkan biskut berukiran haiwan yang dikatakan terlalu comel untuk dimakan, lapor portal berita Mothership semalam.

Artis tersebut, Mocha Mocha yang menggunakan akaun Twitter bernama @mochammochamm, berkongsi gambar biskut yang kelihatan seperti tikus belanda atau hamster sebenar.

“Saya menghasilkan biskut Djungarian,” katanya dalam satu hantaran di laman Twitter.

Biskut-biskut tersebut dihasilkan dengan amat teliti, dengan ada sesetengahnya bermata bulat, manakala  yang lainnya menutup mata seolah-olah sedang tidur.

Tikus belanda jenis Djungarian atau lebih dikenali sebagai ‘tikus belanda kerdil putih musim sejuk’ merupakan tikus kecil yang sering dijadikan haiwan peliharaan. – Agensi 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN