fbpx

Bertegas isu sampah di Sungai Pinang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Chin Woon menunjukkan barang-barang yang dikutip di Sungai Pinang, George Town baru-baru ini.

GEORGE TOWN – MCA menggesa kerajaan negeri Pulau Pinang menguatkuasakan undang-undang yang lebih tegas bagi menghalang orang ramai daripada terus membuang sampah ke dalam Sungai Pinang di sini.

Ketua Biro Gerakan Sosial MCA Pulau Pinang, Cheah Chin Woon berkata, kerajaan negeri perlu mengenakan penalti yang lebih tinggi kepada mana-mana pihak yang didapati membuang sampah atau bahan kimia ke dalam Sungai Pinang yang telah tercemar sejak lebih 20 tahun lalu.

“Orang ramai masih membuang sampah ke dalam Sungai Pinang, masalah ini telah berla­rutan sejak sekian lama kerana penguatkuasaan yang lemah.

“Bagi mengatasi masalah ini, tindakan undang-undang seperti penalti yang lebih tinggi perlu dikenakan kepada mereka yang didapati membuang sampah ke dalam Sungai Pinang,” katanya dalam sidang akhbar di Wisma MCA di sini semalam.

Terdahulu, pada Khamis lalu, Chin Woon bertindak turun ke dalam longkang yang menga­lirkan air perbandaran ke Su­ngai Pinang bagi membersihkan sampah sarap di situ.

Chin Woon bertindak sedemikian bagi memberi kesedaran kepada orang ramai agar tidak menjadikan Sungai Pinang sebagai tempat pembuangan sampah mereka.

Chin Woon ketika turun padang membersihkan sendiri sampah sarap di Sungai Pinang, George Town baru-baru ini.

Dalam pada itu, mengulas mengenai tindakannya turun ke dalam longkang saliran ber­kenaan, Chin Woon berkata, apa yang dilakukan itu bukanlah satu ‘political stunt’ seperti dakwaan sesetengah pihak.

“Jika saya mahu melakukan ‘political stunt’ saya akan lakukannya 14 tahun dahulu dan bukannya sekarang, saya turut alami alahan kulit selepas turun ke kawasan ini.

“Saya turun ke dalam longkang berhampiran Sungai Pinang baru-baru ini kerana mahu orang ramai sedar bahawa tindakan mereka membuang sampah ke dalam sungai adalah satu perkara yang amat merugikan,” katanya.

Tambahnya, dia turut mencabar mana-mana pihak untuk turut bersama-sama turun membersihkan Sungai Pinang sekiranya mereka masih mendakwa dia mahu meraih perhatian politik dengan tindakannya itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI