SEBERANG PERAI – Kira-kira 527 tahanan warga asing di Depoh Sementara Imigresen Sungai Bakap, Nibong Tebal di sini dipercayai melarikan diri hari ini.
Difahamkan tahanan terbabit meloloskan diri dari depoh berkenaan dalam rusuhan kecil kira-kira 4.20 pagi.
Bagaimanapun, kira-kira 100 tahanan dikatakan berjaya ditahan berdekatan Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Nibong Tebal setakat ini.
Ketua Polis Negeri, Datuk Mohd. Shuhaily Mohd. Zain dijangka mengadakan sidang akhbar dalam masa terdekat. – KOSMO! ONLINE