fbpx

4 rakyat Malaysia mangsa sindiket penipuan kerja tiba semalam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Empat rakyat Malaysia yang terpedaya dengan sindiket penipuan kerja tiba di Malaysia semalam.

PUTRAJAYA – Baki empat lagi lelaki warga tempatan yang juga mangsa sindiket penipuan tawaran kerja di Kemboja selamat tiba di tanah air petang semalam.

Perkara itu dimaklumkan Kementerian Luar menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Kementerian Luar berkata, empat lelaki itu tiba menerusi pukul 4.35 petang dengan penerbangan Air Asia AK539.

Menurutnya, kumpulan ini tidak dapat menyertai penerbangan pulang pada 11 April lalu selepas disahkan positif Covid-19 sebelum berlepas.

“Mereka dibenarkan pulang ke Malaysia setelah selesai menjalani kuarantin selama tujuh hari di Kemboja dengan dipantau oleh Kedutaaan Besar Malaysia di Kemboja.

“Kementerian Luar merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Kerajaan Kemboja dan kerjasama erat yang diberikan oleh Kedutaan Besar Malaysia kerana memudahcara urusan berkaitan bagi membolehkan mereka kembali ke tanah air dengan selamat,” katanya.

Katanya, pihaknya menasihatkan warganegara Malaysia supaya sentiasa berhati-hati dengan tawaran pekerjaan di luar negara bagi memastikan mereka tidak terjebak dalam sindiket seumpama ini.

Malah, katanya, Perwakilan-Perwakilan Malaysia di luar negara sentiasa bersedia memberikan nasihat sewajarnya berhubung perkara ini serta membantu warganegara Malaysia yang berada dalam kesulitan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI