fbpx

Warga emas maut disyaki bakar diri dengan petrol

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba memeriksa keadaan mangsa yang disyaki membakar diri dengan petrol dalam kejadian dekat Persiaran Bercham Timur, Ipoh pagi tadi.

IPOH – Seorang lelaki warga emas ditemui mati setelah dipercayai membakar dirinya menggunakan petrol dalam kejadian berhampiran Sekolah Kebangsaan Pakatan Jaya dekat Persiaran Bercham Timur di sini pagi tadi.

Jurucakap Bilik Gerakan Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri Perak memberitahu, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pukul 9.44 pagi.

Katanya, anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Tambun dihantar ke lokasi kejadian setelah menerima panggilan.

“Terdapat seorang mangsa warga emas berusia 74 tahun disyaki menyiram petrol pada seluruh badannya sebelum membakar dirinya.

“Anggota bomba bertindak memadamkan api sebelum pemeriksaan pegawai perubatan mengesahkan mangsa telah meninggal dunia,” ujarnya.

Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya termasuk pemeriksaan forensik. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI