fbpx

‘Terima kasih ustaz tolong saya walau berbangsa India’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ebit (kanan) ketika menyantuni Darakalwati di ibu negara semalam.

PETALING JAYA – ‘Terima kasih ustaz belanja saya, sudi tolong walaupun berbangsa India’.

Itu luahan ikhlas diungkapkan seorang wanita malang selepas menerima bantuan daripada Ebit Lew semalam.

Menurut hantaran di laman Facebook yang dimuat naik figura kemanusiaan itu, wanita malang dikenali sebagai R. Darakalwati terpaksa hidup merempat di tepi jalan selepas tidak mempunyai sebarang wang untuk membayar sewa.

“Sudah lewat malam semasa agihkan makanan terjumpa Darakalwati tidur di depan bank di pusat bandar. Sampai di situ terus kejutkan kakak itu untuk beri makanan dan tanya kenapa dia di situ.

“Dia menangis sambil menunjukkan laporan polis bahawa telah dirompak dua bulan lalu dan sekarang perlu tidur tepi jalan kerana tiada sesiapa dalam hidup,” tulisnya tadi.

Katanya, wanita itu yang kelihatan kotor kerana tidak mempunyai pakaian juga sering berasa buntu berikutan ramai orang bertindak mengacaunya ketika berada di jalanan.

“Saya sewakan bilik dekat ibu negara, sampai di situ Darakalwati menangis kuat kerana katanya Tuhan telah makbulkan doanya. Dia tidak mampu untuk membayar sewa bilik itu.

“Ini ujian kakak, walau apapun tidak patut seorang wanita tidur di tepi jalan, semoga kakak ini bahagia dan dipermudahkan segala urusan,” jelasnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI