fbpx

Rekod tiga bulan debut Kep1er

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEP1ER

KUMPULAN baharu K-pop, Kep1er membuktikan tiada yang mustahil untuk dicapai seseorang penyanyi mahupun pemuzik baharu.

Baru memulakan debut pada 3 Januari lalu, Kep1er memukau perhatian peminat apabila video muzik rasmi single perdana mereka, WA DA DA mencatat lebih 100 juta tontonan dalam YouTube.

Rekod yang dicatatkan pada 16 April lalu sekali gus menjadikan hal tersebut satu pencapaian luar biasa buat Kep1er biarpun baru setahun jagung dalam industri K-pop.

Selain ditonton lebih 100 juta kali, video muzik rasmi WA DA DA turut menerima tanda suka melebihi 2.2 juta dalam YouTube.

Kumpulan yang dianggotai seramai sembilan ahli itu melancarkan video muzik berkenaan pada pukul 6 petang waktu Korea Selatan 3 Januari lalu.

Pencapaian tersebut sekali gus menjadikan Kep1er sebagai kumpulan yang hanya mengambil masa selama tiga bulan 12 hari untuk memecah rekod 100 juta tontonan.

Untuk rekod, Kep1er ditubuhkan menerusi program realiti Show Girls Planet dan bernaung bawah agensi WAKEONE dan Swing Entertainment.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI