fbpx

Rakyat Indonesia diminta tidak pulang beraya guna motosikal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebuah keluarga dirakam pulang beraya dengan menunggang motosikal di Kota Bandung. - Tribun Jabar

JAKARTA – Menteri Pengangkutan Indonesia, Budi Karya Sumadi menyeru rakyat negara itu supaya tidak menggunakan motosikal ketika pulang berhari raya tahun ini, lapor laman berita Tribunnews, kelmarin.

Menurut Budi, faktor keselamatan adalah perkara yang paling dibimbangi apabila rakyat memilih untuk pulang ke kampung menggunakan motosikal.

“Saya mohon secara peribadi supaya anda semua tidak menggunakan motosikal untuk pulang beraya di kampung.

“Balik kampung di hari raya adalah sangat memenatkan kerana kesesakan jalan raya dan ditambah pula apabila kita berpuasa,” kata Budi ketika meninjau persiapan pengangkutan awam di Terminal Kampung Rambutan, Jakarta Timur.

Tambah Budi, penduduk boleh memilih pengangkutan awam seperti bas dan kereta api sebagai alternatif lain untuk pulang beraya.

Jika mereka tetap mahu membawa pulang motosikal ke kampung, kerajaan ada menyediakan perkhidmatan mengangkut kenderaan menggunakan jalan darat dan laut.

“Kami menyediakan lori dan kapal untuk mengangkut motosikal pulang ke kampung bersama pemiliknya,” sambung Budi. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI