fbpx

Polis lepas lima das tembakan terhadap kereta rempuh polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wan Mohd. Zahari (kiri) dan kereta jenis Proton Perdana yang dinaiki suspek yang melarikan diri selepas merempuh kenderaan polis di Jalan Air Putih di Kuantan malam semalam.

KUANTAN – Polis terpaksa melepaskan beberapa das tembakan ke arah sebuah kereta jenis Proton Perdana yang cuba melarikan diri dan merempuh kenderaan polis di Jalan Air Putih, di sini tengah malam semalam.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd. Zahari Wan Busu berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 12.05 tengah malam itu berlaku ketika anggota polis sedang melakukan operasi Op Sarang dan cuba menahan sebuah kereta yang mencurigakan.

“Menyedari kehadiran pihak polis, pemandu kereta bertindak melarikan diri dengan memecut kenderaan dan memasuki jalan mati sebelum nekad melepaskan diri dengan mengundur serta merempuh kenderaan polis beberapa kali yang akhirnya berjaya meloloskan diri.

“Bagi menyelamatkan diri, anggota polis melepaskan dua das tembakan ke udara sebagai amaran dan mengarahkan supaya suspek memberhentikan kenderaannya namun tidak diendahkan dan memaksa anggota melepaskan tiga das tembakan lagi pada bahagian tayar kiri hadapan kereta jenis Proton Perdana itu,” katanya di sini, hari ini.

Menurutnya, suspek kemudiannya meninggalkan kenderaan dipandunya kira-kira 400 kilometer dari lokasi kejadian dan melarikan diri.

Katanya, kejadian itu menyebabkan kenderaan polis mengalami kerosakan dan kemek tetapi tiada kecederaan melibatkan anggota polis terbabit.

“Pemeriksaan ke atas kereta dinaiki suspek menemui beberapa dokumen milik beberapa individu dan siasatan lanjut giat dilakukan bagi mengesan suspek,” ujarnya.

Katanya, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 186/307 Kanun Keseksaan. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI