fbpx

Pesanan Priyanka Chopra untuk Ranbir, Alia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PERKAHWINAN Ranbir Kapoor dan Alia baru-baru ini mengujakan banyak pihak termasuk kawan baik mereka, Priyanka.

PERKAHWINAN pasangan selebriti terkenal Bollywood Ranbir Kapoor dan Alia Bhatt baru-baru ini menyentuh hati rakan-rakan selebriti yang turut hadir memeriahkan majlis.

Biarpun tidak dapat hadir disebabkan masih berada di London, pelakon popular Priyanka Chopra tidak ketinggalan berkongsi rasa teruja di atas perkahwinan Ranbir dan Alia.

Sebagai rakan baik yang sering menghabiskan masa bersama-sama, Priyanka telah mengambil kesempatan dengan meninggalkan pesan yang menyentuh hati buat pasangan pengantin.

Dalam pesan yang ditinggalkan menerusi InstaStory, isteri kepada Nick Jonas itu meminta supaya Ranbir dan juga Alia saling bertolak ansur dan terus mencintai antara satu sama lain.

“Semoga kalian berdua saling mencintai antara satu sama lain dan bahagia. Jangan sering bergaduh dan selalulah bertolak ansur,” katanya.

Ranbir dan Alia selamat bergelar suami isteri pada 14 April lalu dalam majlis perkahwinan yang diadakan secara tertutup dan dihadiri oleh keluarga dan rakan-rakan terdekat sahaja.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI