fbpx

Penduduk Johor ‘lesap’ RM9.5 juta ditipu Macau Scam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

JOHOR BAHRU – Sebanyak 209 kes melibatkan Macau Scam dilaporkan di Johor tahun ini membabitkan kerugian mencecah RM9.5 juta.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Johor, Asisten Komisioner Amran Md. Jusin berkata, statistik itu menunjukkan peningkatan ketara berbanding tahun lalu.

Menurutnya, tahun lalu hanya 90 kes dengan kerugian berjumlah RM2.8 juta dicatatkan yang menyaksikan peningkatan kerugian sebanyak RM6.7 juta.

“Kebiasaannya sindiket akan menyamar sebagai anggota polis, pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) mahupun ejen insurans.

“Orang ramai diminta berwaspada dengan modus operandi yang digunakan sindiket iaitu membuat panggilan kepada mangsa secara terus menggunakan nombor telefon tidak dikenali atau melalui operator,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Jelas beliau, mangsa kemudian diberitahu mempunyai tunggakan cukai, sebelum diarahkan menghubungi nombor lain yang didakwa sebagai anggota penguat kuasa sebelum diminta memberikan butiran berhubung akaun mangsa dan nombor TAC pemindahan dibuat mangsa.

Jelasnya, semua wang yang dipindahkan mangsa kemudiannya akan dikeluarkan melalui perbankan internet tanpa pengetahuan mangsa.

Sehubungan itu, Amran menasihati masyarakat agar mengabaikan serta tidak melayan panggil telefon individu tidak dikenali, jangan sesekali dedahkan maklumat perbankan kepada mana-mana pihak dan juga jangan panik,” ujarnya. -KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI