fbpx

Lori cat terbabas, pemandu maut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba sedang mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kemalangan di KM 381.4 Lebuh Raya Utara Selatan (arah selatan) dekat Slim River pagi tadi.

SLIM RIVER – Sebuah lori terbabas menyebabkan pemandunya maut dalam kemalangan di Kilometer (KM) 381.4 Lebuh Raya Utara Selatan (arah selatan) dekat Slim River pagi tadi.

Identiti mangsa disahkan sebagai Mohan Muniandy, 67, yang tersepit pada tempat duduk pemandu.

Jurucakap Bilik Gerakan Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri Perak memberitahu, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 8.39 pagi.

Katanya, sepasukan anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Slim River telah dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Kemalangan melibatkan sebuah lori tiga tan membawa muatan cat telah terbabas ke kiri bahu jalan menyebabkan pemandunya tersepit dan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Kelindan lori pula terselamat dan operasi mengeluarkan mangsa yang tersepit telah dilakukan menggunakan peralatan khas,” ujarnya.

Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya manakala operasi tamat sepenuhnya pada pukul 9.34 pagi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI