fbpx

Liek Hou keluar duit sendiri ke Sao Paulo

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LIEK HOU berangkat ke Brazil bagi menyertai kejohanan Badminton Para Antarabangsa Brazil 2022 di Sao Paulo bermula hari ini hingga 24 April.

PEMENANG pingat emas Sukan Paralimpik Tokyo 2020, Cheah Liek Hou mendedahkan, terpaksa mengeluarkan duit poket sendiri untuk menyertai kejohanan Badminton Para Antarabangsa Brazil 2022 di Sao Paulo bermula hari ini hingga 24 April.

Ini adalah kejohanan antarabangsa pertama yang disertai Liek Hou, 34, seulojak mencipta sejarah menjuarai aksi final perseorangan lelaki kategori SU5 di Tokyo pada 4 September tahun lepas.

Bagaimanapun, Liek Hou me­ngakui, terkilan kerana menanggung sendiri segala perbelanjaan di Brazil dengan keseluruhan berjumlah RM15,000 termasuk tambang penerbangan dan kos menyertai kejohanan tersebut.

“Kali ini cuma saya dan coach Rashid (Sidek) berangkat ke Brazil dengan duit poket sendiri terma­suk segala perbelanjaan di Brazil.

“Pertandingan para ini tiada wang kemenangan seperti kejohanan able (normal). Jadi ini be­tul keluar (duit), tak ada masuk ya.

“Saya cuma nak cari balik suasana pertandingan dan bersedia untuk kejohanan berturut-turut bulan depan dan pertandingan besar selepas itu,” katanya.

Bagi Liek Hou, dia tidak meletakkan harapan tinggi pada kejohanan itu kerana sudah lama tiada pertandingan selain kea­daannya juga baru pulih selepas dijangkiti Covid-19 pada Februari lalu.

Sasaran utama bagi Liek Hou tahun ini adalah Sukan Para Asia di Hangzhou, China yang akan berlangsung 9 hingga 15 Oktober dan Kejohanan Para Dunia di Tokyo, Jepun dijadualkan dari 1 hingga 6 November.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI