fbpx

Lelaki tembak cef kerana terima kebab terlalu masin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar sistem televisyen litar tertutup menunjukkan Pecorale menembak Guzman. - Newsflash

MILAN, ITALI – Seorang lelaki di Itali bertindak di luar kawalan apabila menembak seorang cef sebuah restoran dengan empat das tembakan kerana berang pesanan yang diterima terlebih masin, lapor akhbar The Sun, kelmarin.

Suspek, Federico Pecorale, dilaporkan meluru masuk ke dalam restoran Casa Rusti di Bandar Pescara selepas mendakwa kebab yang dipesan dimasak secara terlalu masin.

Pecorale mula bertelagah dengan cef restoran itu, Yelfri Guzman, sebelum menembak mangsa dengan empat das tembakan.

Lelaki itu bergegas meninggalkan lokasi kejadian dan cuba bersembunyi di rumah saudaranya sebelum ditahan ketika cuba melarikan diri ke bahagian utara bandar.

Media tempatan melaporkan Pecorale menerima pencen hilang upaya selepas kemalangan kereta pada usia 19 tahun yang menyebabkan dia mengalami kecederaan otak yang serius.

Peguamnya, Florenzo Coletti memberitahu, anak guamnya sentiasa membawa pistol bersamanya kerana dia sering diejek kerana kecacatan tersebut.

Sementara itu, Guzman telah menjalani pembedahan dan kini sedang dirawat di hospital.

“Saya tidak faham kenapa dia tiba-tiba mengamuk sedangkan dia yang meminta agar kebab dimasak dengan lebih rasa masin,” kata Guzman. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI