fbpx

Skuad Hijau Kuning kembali di landasan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RONALD (tengah) meraikan jaringan kemenangan bersama rakan-rakan sepasukan ketika membantu KDA FC menewaskan Penang FC 2-1 pada aksi Liga Super di Stadium Bandaraya, George Town kelmarin. – KDA FC

PASUKAN Kedah Darul Aman FC (KDA FC) teruja dapat kembali di landasan kemenangan selepas menewaskan seteru tradisi, Pe­nang FC 2-1 pada aksi Liga Super di Stadium Bandaraya, George Town kelmarin.

Jurulatih KDA FC, Aidil Sharin Sahak berkata, pasukan berjaya mendominasikan corak permainan seawal daripada minit pertama berbanding ketika tewas 1-4 kepada Selangor FC awal minggu lalu.

“Alhamdulillah, pemain mempamerkam aksi cemerlang dan mereka berjaya mengawal perlawanan sehingga babak kedua berakhir. Mereka juga tidak menyerah kalah meskipun banyak peluang gol yang terlepas.

“Mentaliti para pemain juga adalah untuk menang dalam perlawanan malam ini (kelmarin) dan bukan mudah untuk peroleh tiga mata di tempat lawan.

“Mereka sudah lakukan yang terbaik dan tahap keyakinan mereka juga tinggi termasuk suasana dihadiri para penyokong Kedah yang turut datang memberi sokongan,” jelasnya.

Pada aksi tersebut, skuad Harimau Kumbang hanya mampu meledak satu gol menerusi pemain import dari Lebanon, Hilal Al Helwe pada minit ke-16.

Gol KDA FC hadir pada minit ke-62 menerusi sepakan pe­nalti menerusi penyerang, Wanja ­Ronald setelah pertahanan Pe­nang FC, Christian Mangaeon menjatuhkan pemain import dari Cameroon itu di dalam kotak penalti.

Jaringan kedua skuad Hijau Kuning berjaya diperoleh pada minit ke-65 menerusi sepakan tepat Ronald ke gawang lawan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI