PELAKON Shahid Kapoor memberitahu tidak mudah untuknya jatuh cinta dengan bidang lakonan selepas membuat kemunculan buat pertama kali ketika berusia 23 tahun.
Ujar Shahid, dia tidak pernah terfikir untuk menjadi seorang pelakon kerana menyimpan impian untuk bergelar seorang ahli sukan sejak di bangku sekolah lagi.
Bagaimanapun, pelakon filem Ishq Vishk itu akhirnya mengakui sangat suka dengan kerjaya sebagai pelakon dan perlahan-lahan jatuh cinta dengannya.
“Ishq Vishk telah mengubah hidup saya buat selama-lamanya.
“Saya tidak sangka bergelar seorang pelakon hari ini kerana tidak pernah menyimpan impian untuk bergelar seorang pemain filem,” katanya.
Seiring dengan peningkatan usia, pelakon yang kini telah berumur 42 tahun itu berharap dapat diberikan watak yang lebih sesuai dan matang walaupun tidak lagi memegang peranan sebagai hero.