fbpx

Hotel Impiana Ipoh saji 200 menu iftar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

IPOH – Selepas dua minggu berbuka puasa dengan juadah yang sama di rumah dan sudah bosan memikirkan menu yang perlu disediakan atau dibeli di bazar Ramadan, masyarakat di bandar raya ini dijemput menikmati bufet dengan tawaran kepelbagaian selera di Hotel Impiana di sini.

Menghidangkan kira-kira 200 menu sehari, bufet Ramadan di hotel berkenaan menggunakan konsep ala bazar bagi memudahkan pengunjung membuat pilihan menu yang dihidangkan.

Cef Eksekutif Mohd. Nizam Abdul Rahim berkata, kepelbagaian sajian itu menawarkan rasa berbeza buat pelanggan bukan sahaja untuk sajian lauk pauk dan aneka masakan Melayu tetapi juga masakan dari Cina, India dan juga dari Asia Barat.

Menurut beliau, setiap hari menu sama dikekalkan kecuali lebih 20 hidangan utama berupa menu antarabangsa yang akan diselang selikan.

“Antara hidangan wajib dihidangkan adalah kambing carik bersama nasi Arab, sos yogurt pudina dan salad segar serta rendang tok.

“Begitu juga kari kepala ikan seperti ikan jenahak dan ikan merah segar yang merupakan sajian signatur sepanjang Rama­dan ini,” katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Nizam menjelaskan, bagi sajian daripada dapur terbuka pula, pengunjung boleh merasai menu daging bakar, sate, makanan laut goreng serta cucur bawang yang disediakan panas-panas.

Tambah beliau, harga bufet yang ditawarkan adalah RM98 bagi dewasa dan RM78 kanak-kanak berusia lima hingga 12 tahun. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI