fbpx

Ever Forward berjaya diapungkan semula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebuah bot tunda menolak tongkang yang dipenuhi dengan kontena yang dikeluarkan dari kapal Ever Forward di Teluk Chesapeake, 11 April lalu. - AFP

ANNAPOLIS, MARYLAND – Sebuah kapal kontena yang terkandas dekat Pelabuhan Baltimore di Amerika Syarikat (AS) akhirnya berjaya diapungkan semula selepas terperangkap selama lebih lima minggu, lapor portal berita MailOnline kelmarin.

Kapal kargo Ever Forward itu dilaporkan tiba di kawasan Annapolis sekitar pukul 10 pagi (waktu tempatan) kelmarin. 

Kapal sepanjang 333.7 meter (m) itu terkandas di Teluk Chesapeake ketika baru memulakan pelayaran ke Norfolk pada 13 Mac lalu. 

Meskipun terkandas selama lebih sebulan, kapal yang memulakan perjalanan dari Hong Kong ke AS itu tidak mengganggu laluan perdagangan di kawasan tersebut.

Kapal Ever Forward sebelum ini menghadapi masalah semasa membelok ketika meninggalkan Baltimore dan tersekat di perairan cetek.

Sejak itu, pelbagai usaha dilakukan untuk cuba mengapungkan kembali kapal kargo itu dengan 330 kontena telah dibawa keluar bagi memudahkan usaha tersebut.

Beberapa rakaman video turut menunjukkan tujuh bot tunda menunda kapal Ever Forward di bawah Jambatan Teluk Chesapeake sekitar pukul 9.10 pagi, kelmarin.

Menurut Pengawal Pantai, pihaknya menyediakan sebuah zon keselamatan untuk kapal tersebut ketika ia ditunda ke sebuah lokasi di bahagian selatan teluk, di mana para pegawai akan menilai keadaannya.

Kru-kru juga akan mewujudkan slot masa khas bagi tujuan memuatkan semula beratus-ratus kontena yang telah dikeluarkan daripada kapal itu minggu lalu untuk meringankan beban muatan. 

Kapal Ever Forward dimiliki oleh syarikat dari Taiwan, Evergreen Marine. Ia turut memiliki kapal Ever Given yang terkandas di Terusan Suez pada Mac tahun lalu. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI