fbpx

7,140 kes Covid-19, 16 kematian direkodkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Jangkitan Covid-19 semalam kekal dibawah angka 10,000 sebanyak 7,140 kes dilaporkan, menjadikan jumlah keseluruhan kes di negara ini sebanyak 4,396,165 kes.

Berdasarkan data pada laman web CovidNow, daripada kes yang dilaporkan semalam, sebanyak 264 kes adalah kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara.

“Kesemua kes tersebut dilaporkan di Selangor (5,020 kes), Kuala Lumpur (415 kes), Negeri Sembilan (290 kes), Perak (287 kes), Terengganu (239 kes), Johor (214 kes), Pulau Pinang (166 kes) dan Kedah (133 kes).

“Seterusnya, Melaka (94 kes), Sarawak (92 kes), Pahang (64 kes), Sabah (58 kes), Kelantan (40 kes), Putrajaya (11 kes), Perlis (10 kes) dan Labuan (tujuh kes),” menurut maklumat tersebut di sini hari ini.

Dalam masa sama, sebanyak 16 kes kematian Covid-19 dilaporkan menjadikan jumlah kematian terkini sebanyak 35,437 kes serta sebanyak empat kes meninggal dunia di luar hospital atau brought in death (BID) dengan jumlah kes BID sebanyak 7,496 kes.

Sebanyak 96,601 kes aktif dilaporkan melibatkan 93,901 kes dikuarantin di rumah, 282 kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 2,308 kes di hospital, 42 kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan dan 68 kes di ICU dengan bantuan pernafasan. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI