fbpx

Warung jadi ‘mahligai’ lima beranak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rasman (dua dari kanan) ketika menziarahi Ramli di warung yang kini menjadi tempat berteduh keluarga berkenaan di Kampung Sungai Sembilang, Kota Tinggi baru-baru ini.

KOTA TINGGI – Lima beranak dari Kampung Sungai Sembilang di sini, terpaksa menjadikan sebuah warung makanan sebagai ‘rumah’ untuk mereka berteduh daripada panas dan hujan sejak enam bulan lalu.

Ramli Sarman, 41, berkata, dia terpaksa tinggal di warung tersebut selepas tidak dapat mencari rumah sewa untuk didiami bersama isteri, Sahrul Narissa Mohd. Sebari, 33, dan tiga anaknya.

Katanya, warung milik saudara mentuanya itu telah dihuni mereka berlima sejak enam bulan yang lalu.

“Warung ini adalah milik seorang saudara dari sebelah mentua saya dan sudah enam bulan kami tinggal di sini. Sebelum ini, kami menginap di rumah pekerja sarang burung, namun saya telah berhenti kerja kerana ada masalah berkenaan bayaran gaji.

“Kami memilih untuk me­numpang di warung ini kerana tidak dapat mencari rumah sewa buat masa ini. Selesa atau tidak, kami terpaksa biasakan, tambahan pula hari raya semakin dekat,” katanya ketika ditemui Kosmo! baru-baru ini.

Beliau berkata, keluarganya sangat bersyukur kerana pemilik warung sanggup menutup premisnya semata-mata untuk membolehkan mereka ada tempat berteduh.

Ramli berkata, dia kini mela­kukan kerja kampung sementara isterinya bekerja di ladang estet untuk menyara hidup.

Jelasnya, dia sebelum ini pernah diberikan bantuan rumah menerusi Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) yang dibina di atas tanah orang ­tuanya.

Namun katanya, berlaku konflik keluarga menyebabkan dia mengalah dan tidak menetap di rumah itu lagi kerana tidak mahu bergaduh dengan adik-beradik yang lain.

Terdahulu, Ramli dan keluar­ganya menerima kunjungan Ke­tua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Kota Tinggi, Rasman Ithnain yang menyampaikan bantuan barangan keperluan harian.

“Kita mengambil maklum mengenai nasib yang menimpa keluarga ini dan berharap mereka tabah terutamanya ketika umat Islam bakal me­raikan Aidilfitri tidak lama lagi,” jelasnya.

Dalam pada itu, orang ramai yang ingin membantu meringankan beban keluarga berkenaan boleh menghubungi Sahrul Na­rissa di talian 013-908 6005.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI