PENYANYI dan juga pelakon Selena Gomez berasa kesal kerana asyik menjadi mangsa buli netizen yang mengejek perubahan bentuk fizikalnya.
Selepas mengalami perubahan bentuk badan yang mendadak sehingga tubuhnya kelihatan berisi, Gomez sering diejek gemuk oleh netizen.
“Saya mengaku suka makan makanan berlemak, tapi saya juga berusaha untuk kurus,” ujarnya.
Ujar selebriti berusia 29 tahun itu, bentuk badannya yang semakin berisi seharusnya tidak menjadi permasalahan atau bahan perbualan netizen.
“Saya sebenarnya tidak peduli dengan berat badan saya kerana netizen tetap akan mengkritiknya.
“Cuma saya hairan apabila bentuk tubuh saya ini sering menjadi perhatian,” katanya.