fbpx

‘Ramai kempunan baju raya online murah’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SALAH seorang mangsa wanita, Heliza yang terpedaya selepas membeli baju raya melalui satu laman di Instagram.

GEORGE TOWN – Keghairahan orang ramai berbelanja baju raya ketika ini membuka peluang kepada scammer bagi menjalankan perniagaan pakaian ‘palsu’ menerusi laman sosial Facebook dan Instagram.

Ramai pengguna terutamanya golongan wanita yang tersalah memilih kedai online untuk ber­belanja pada saat-saat akhir mengaku menjadi mangsa peni­puan berkenaan.

Scammer ini menggunakan modus operandi dengan menawarkan baju raya yang lebih murah berbanding yang dijual di kedai-kedai atau bazar hari raya.

Berdasarkan aduan pengguna, tinjauan Kosmo! mendapati scammer baju raya menggunakan pelbagai taktik antaranya memiliki akaun palsu laman sosial dengan pengikut melebihi 10,000, menawarkan harga jauh lebih murah serta meminta bayaran tambahan pelepasan kastam dan insurans.

Tinjauan terhadap beberapa akaun Instagram yang didakwa mangsa mendapati, rata-rata akaun berkenaan meletakkan nama profil berkaitan pakaian selain meletakkan perkataan ­Official atau HQ bagi meyakinkan pengguna, manakala komen-komen negatif segera dipadamkan pengendali akaun.

Kaedah pembelian yang ditawarkan adalah pembeli perlu menghubungi ‘peniaga’ melalui mesej terus (DM) atau berhubung melalui aplikasi WhatsApp.

Scammer juga menawarkan harga lebih murah selain tawaran menarik seperti pembelian sepasang percuma dua pasang baju.

Seorang suri rumah yang mahu dikenali sebagai Shafiqa, 28, berkata, dia berputih mata apabila kerugian RM180 setelah membeli enam set pakaian kanak-kanak lelaki selepas tertarik dengan tawaran harga murah.

“Siapa tidak teruja melihat baju begitu murah apatah lagi peniaga itu kelihatan seperti dipercayai kerana mempunyai 16,000 pengikut di Instagram.

“Apabila pembayaran dibuat, nombor saya pula disekat dan tidak dapat menghubungi peniaga itu lagi, manakala sudah dua minggu baju belum sampai.

“Selepas saya membuat semakan nombor telefon peniaga me­lalui aplikasi TrueCaller, memang sah ia adalah scammer ke­rana ada rekod,” katanya kepada ­Kos­mo! baru-baru ini.

SINDIKET penipuan ‘memancing’ orang ramai dengan harga yang lebih rendah jika dibeli di bazar hari raya. – GAMBAR HIASAN

Sementara itu, pekerja swasta yang hanya mahu dikenali sebagai Heliza, 33, berkata, dia tertarik dengan tawaran sebuah akaun Instagram yang menawarkan pembelian sehelai baju kurung dan percuma dua pasang pada harga RM200.

“Saya bagaimanapun mula berasa tertipu apabila scammer itu meminta membayar deposit RM370 yang kononnnya untuk melepaskan barang dari kastam dan berjanji memulangkan semula selepas 10 minit.

“Mana ada baju raya kena bayar kastam dan apabila saya minta kembali wang kerana mahu membatalkan pembe­lian, scammer segera sekat nombor telefon saya,” katanya yang memesan melalui Instagram yang mempunyai 17,300 pengikut tersebut.

Dalam pada itu, suri rumah, Aqila, 20-an berkata, scammer berkenaan dipercayai ‘mencuri’ gambar-gambar pakaian daripada peniaga lain sebelum dimuat naik ke akaun sosial mereka.

“Memang mudah kerja scammer baju raya ini. Untuk le­bih meyakinkan pembeli, akaun Instagram mereka mempunyai pengikut melebihi 10,000.

“Bila tengok ramai pengikut, secara tidak langsung kita fikir kedai itu adalah berpengaruh apa­tah lagi gambar-gambar rekaan yang dipamerkan juga menarik.

“Saya kerugian RM160 selepas terpedaya pembelian tudung di sebuah kedai online palsu di Instagram, sedangkan harga sebenar jenama itu lebih RM200.

“Saya percaya scammer terbabit dari Indonesia kerana selepas meneliti posting awal, ‘peniaga’ ada meletakkan harga dalam nilai Rupiah selain beberapa kali dia menukar nama akaun,” katanya yang menyedari tertipu selepas nombor telefon disekat scammer berkenaan sejurus pembayaran dibuat. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI