fbpx

PGA cekup lelaki bawa barangan kosmetik seludup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian barangan kosmetik yang dirampas PGA dalam serbuan di pangkalan haram Pasir, Rantau Panjang hari ini. FOTO IHSAN PGA

RANTAU PANJANG – Seorang lelaki dicekup selepas kenderaan pacuan empat roda dipandunya yang membawa barangan kosmetik seludup bernilai RM9,400 ditahan di kawasan pangkalan haram Pasir di sini hari ini.

Kenderaan pacuan empat roda jenis Mitsubishi Triton itu ditahan pada pukul 7.45 pagi semasa sedang dalam perjalanan keluar dari kawasan pangkalan haram itu.

Pegawai Pemerintah Batalion 7 Pasukan Gerakan Am (PGA), Superintendan Azhari Nusi berkata, anggota PGA terus menyoal siasat pemandu yang berusia 24 tahun sebelum menemui kotak yang mengandungi barangan kosmetik di bahagian belakang kenderaan itu.

Menurutnya, suspek bagaimanapun gagal mengemukakan dokumen keterangan berkaitan barangan yang dibawanya.

“Suspek mengaku menerima upah sebanyak RM200 untuk satu trip penghantaran barangan seludup itu.

“PGA tidak menolak kemungkinan barangan kosmetik itu diseludup masuk ke negara ini untuk dijual di pasaran sekitar Pasir Mas,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI