fbpx

Pasukan khas Britain latih askar Ukraine

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang askar memegang senjata anti kereta kebal ringan NLAW yang diubah suai untuk latihan. - Getty Images

KIEV – Pasukan Perkhidmatan Udara Khas (SAS) British dilaporkan kini berada di Ukraine untuk melatih askar tempatan di wilayah bergolak itu, lapor akhbar Metro UK, kelmarin.

Ini merupakan kali pertama anggota SAS bekerjasama dengan askar tempatan di sekitar Kiev sejak konflik bermula hampir dua bulan lalu.

Laporan yang tidak disahkan itu dikeluarkan sehari selepas stesen televisyen utama Rusia, Rossiya 1 berkata, Perang Dunia Ketiga telah pun bermula dan Kremlin kini sedang berperang dengan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO).

Britain telah memainkan peranan penting dalam melengkapkan persediaan askar yang berjuang menangkis pencerobohan Kremlin terutama dengan senjata anti-kereta kebal ringan (NLAW) yang diubah suai.

Jurulatih tentera Britain pada mulanya dibawa keluar dari Ukraine apabila pencerobohan bermula kerana bimbang pertempuran langsung dengan tentera Rusia boleh meningkatkan konflik.

Bagaimanapun, kini pegawai dari batalion berasingan mendakwa bahawa askar SAS berada di Ukraine untuk melatih dan merekrut tentera negara itu berkenaan cara-cara untuk mengendalikan senjata.

Kementerian Pertahanan Britain bagaimanapun tidak mengesahkan atau menafikan laporan mengenai kehadiran SAS di Ukraine.

Komander askar Ukraine, Kapten Yuriy Myronenko berkata, mereka kini sudah mempunyai latihan ketenteraan yang lebih baik.

“Pegawai British berada di sini sejak dua minggu lalu di unit kami dan mereka melatih cara-cara menggunakan senjata terutamanya NLAW.

“Kejayaan dalam memusnahkan banyak kapal serta konvoi Rusia telah memberi kami keyakinan diri yang lebih tinggi sekarang,” kata Myronenko. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI