fbpx

Netizen kata Emma Maembong tambah dosa suami

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GELAGAT Emma dan Alvin yang tidak disenangi netizen.

PETALING JAYA – Pelakon Emma Maembong dikecam netizen gara-gara berkongsi video mesra berlaga pipi bersama rakan baiknya yang juga pelakon, Alvin Chong.

Menerusi satu hantaran video yang dimuat naik dalam Instagram miliknya, Emma atau nama lengkapnya Fatimah Rohani, 30, dikecam netizen kerana statusnya sebagai isteri orang serta beragama Islam.

Difahamkan video tersebut telah dibuat oleh Alvin sebagai tanda menghargai persahabatan antara dia dengan Emma sebelum pelakon tersebut berkongsi video sama dalam Instagram miliknya.

“Video yang indah oleh Alvin Chong. Saya sayang awak selama-lamanya,” tulis Emma dalam ruangan kapsyen.

Bagaimanapun, terdapat segelintir netizen dilihat kurang senang dengan kandungan dalam video tersebut apabila memaparkan adegan mesra antara Emma dan Alvin yang dianggap tidak sesuai memandangkan status wanita itu sebagai isteri orang.

Rata-rata netizen memuji hubungan persahabatan antara Emma dan Alvin, namun menegur kedua-duanya kerana berstatus bukan muhrim apabila bersentuhan.

“Bff (best friend forever) boleh. Tapi sentuh-sentuh tak boleh kak,” kata seorang netizen.

“Mana boleh bersentuhan. Haram dah jadi isteri orang,” tegur seorang lagi pengikutnya.

“Tak salah hendak berkawan, tapi jangan berlebihan,” komen seorang lagi peminatnya.

Bahkan, terdapat juga komen netizen melahirkan rasa kasihan terhadap suami kepada Emma kerana perlu menanggung dosa yang dilakukan oleh isterinya.

“Pelik. Suami dia tak marah ke? Macam tidak ada perasaan isteri ada ‘bff’ lelaki,” kata seorang netizen.

Sekadar info, Emma dan Alvin pernah bergandingan bersama-sama menerusi drama Awak Suka Saya Tak. Keserasian kedua-dua pelakon itu turut menarik perhatian peminat mereka yang suka melihat gandingan mereka berdua.

Malah, Alvin menerusi satu kenyataannya kepada media memberitahu tiada siapa dapat menggantikan tempat Emma dalam hatinya sebagai seorang sahabat baik. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI