SAUDARA PENGARANG,
BAGI melancarkan urusan orang ramai yang ingin meraikan sambutan Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi, Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) tampil dengan tanggungjawab untuk menawarkan perkhidmatan kutipan sampah pukal secara percuma.
Kemudahan yang diberikan sempena musim perayaan Hari Raya Aidilfitri ini adalah tersedia kepada semua penduduk di kawasan perumahan teres (Landed Property) bermula 19 April 2022 sehingga 30 April 2022.
Kutipan sampah pukal ini akan dilaksanakan oleh syarikat KDEB Waste Management Sdn. Bhd. di mana penduduk perlu mengemukakan permohonan bermula 18 April 2022 sehingga 25 April 2022.
Terdapat dua medium untuk mengemukakan permohonan iaitu melalui panggilan telefon ke talian 03-8081 4437 dan aplikasi WhatsApp 011 3558 4437.
Kutipan sampah pukal yang disediakan adalah bagi barangan seperti tilam, perabot lama, barangan elektrik lama dan seumpamanya.
AZFARIZAL ABDUL RASHID
Timbalan Pengarah
Jabatan Korporat Dan Pengurusan Strategik, MBSJ