fbpx

Kumpulan Debu terlibat kemalangan, dua warga Malaysia maut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GRUP DEBU

JAKARTA – Dunia hiburan Indonesia dikejutkan dengan laporan berita kemalangan membabitkan grup yang terkenal menerusi lagu berciri nada Timur Tengah dan kerohanian, Debu.

Kejadian malang yang menimpa kumpulan itu berlaku di Tol Pasuruan-Probolinggi (Paspro) Kilometer 837.2 arah timur ke barat, di Kelurahan Pakistaji, Kecamatan Wonoasih, Kota Probolinggo, Jawa Timur tengah malam tadi.

Kecelakaan tersebut menimpa grup Debu yang menaiki kenderaan jenis Toyota Vellfire sehingga mengakibatkan dua orang mangsa meninggal dunia di tempat kejadian.

Menurut pihak berkuasa tempatan, mangsa yang disahkan meninggal dunia merupakan pasangan suami isteri dari Malaysia dikenali sebagai Firdaus, 31, dan Al Haddad Amal Sheikh Aidaros, 30.

Ketika kejadian, kenderaan dinaiki grup itu melanggar sebuah trak yang berada di hadapan sehingga mengakibatkan bahagian depan rosak teruk dipercayai akibat pemandunya mengantuk.

“Mangsa yang meninggal dunia merupakan suami isteri yang masih kerabat Datuk Malaysia,” kata Ketua Unit Patrol Jalan Raya (PJR) Jatim 4 Probolinggo, Iptu Sudirman.

Selain membabitkan dua kematian, kemalangan yang berlaku menyebabkan empat penumpang lain mengalami kecederaan
termasuk salah seorang anggota Debu, Daood Abdullah al Daood.

Grup Debu memiliki seramai 12 orang anggota terdiri dari enam lelaki dan enam perempuan dan mula aktif sejak 2001.

Debu terkenal dengan vokalisnya yang berasal dari Amerika Syarikat, Kumayl Mustafa Daood dan aliran muzik kumpulan itu cenderung ke arah jazz, country ddengan iringan rebana dan lagu-lagu keagamaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI