fbpx

Kad merah, penggantungan petaka buat Perak FC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PERAK gagal menyekat Kelantan FC untuk mencatat kemenangan selepas perlawanan berakhir dengan keputusan The Bos Gaurus tewas 1-3 kelmarin. FB PERAK FOOTBALL CLUB

Oleh AZIZAN HASHIM 

 

SUDAH mempunyai bilangan pemain yang terhad, layangan kad merah terhadap Royizzat Daud kelmarin menyebabkan Perak FC bakal berdepan kesukaran bagi menghadapi dua lagi aksi Liga Premier selepas ini.

Pemain tersebut dilayangkan kad merah oleh pengadil, Muhammad Izzul Fikri Kamaruzaman selepas insiden kekasaran yang menyaksikan pemain Kelantan, Danial Hadri Effendi Jagan turut diperintah keluar padang pada minit ke-43.

“Sudahlah kami kekurangan pemain, hukuman terhadap Royizzat ini menyukarkan lagi pasukan,” kata Ketua Jurulatih Perak FC, Yusri Che Lah selepas perlawanan.

Dalam lima perlawanan yang diharungi setakat ini, Perak hanya mampu menyenaraikan 15 pemain dalam kesebelasan utama kerana masalah kecederaan.

Selain itu, The Bos Gaurus  hanya boleh mendaftar seramai 20 pemain berikutan sekatan oleh Liga Bola Sepak Malaysia (MFL).

Justeru, Yusri mengingatkan para pemainnya supaya berhati-hati dan mengelakkan diri mengutip kad merah sewenang-wenangnya.

Mengenai kekalahan 1-3 di tangan pasukan The Red Warriors (TRW) itu jurulatih itu mengakui pengalaman menjadi perbezaan antara anak buahnya dengan lawan.

“Pemain Perak punyai semangat tetapi ia tidak mencukupi untuk memenangi perlawanan . Apapun saya berbangga dengan persembahan mereka,” jelasnya.

Yusri turut mengucapkan penghargaan kepada kumpulan penyokong Perak FC yang hadir dan  tidak henti-henti memberi sokongan sepanjang perlawanan. – KOSMO! ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI