fbpx

Hailey Baldwin naik hantu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HAILEY BALDWIN

MODEL terkenal yang juga isteri kepada penyanyi Justin Bieber, Hailey Baldwin hilang sabar dan memberi peringatan kepada netizen supaya tidak mengganggu kehidupan peribadinya.

Menerusi sebuah video yang dimuat naik dalam TikTok miliknya baru-baru ini, Baldwin meluahkan kekesalan apabila masih dikaitkan sebagai punca perpisahan Bieber dengan kekasih lamanya, Selena Gomez

Ujar model berusia 25 tahun itu, selepas empat tahun mendirikan rumah tangga bersama Bieber, netizen masih mengungkit nak mengaitkan namanya sebagai punca kehancuran percintaan penyanyi lagu Stay itu dengan Gomez.

“Tinggalkan saya sendirian. Saya tidak bersalah dan tidak mahu dikaitkan lagi dengan kisah lalu,” ujarnya.

Kata Baldwin, ruangan komen dalam media sosial miliknya selalu dipenuhi komen-komen buruk oleh netizen yang kebanyakannya juga peminat setia Gomez.

“Saya mohon supaya tidak lagi mengganggu saya. Itulah satu-satunya permintaan saya,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI