fbpx

Guardiola akui tidak terlalu kecewa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
STEFFEN (kiri) melakukan kesilapan ‘bodoh’ untuk membolehkan Liverpool meraih gol kedua menerusi Sadio Mane. – AGENSI

LONDON – Pengurus Manchester City, Pep Guardiola enggan berasa terlalu kecewa selepas skuad kendaliannya tersingkir daripada saingan Piala FA musim ini apabila tewas 2-3 kepada Liverpool di separuh akhir.

Pada perlawanan yang berlangsung di Wembley itu, The Reds nyata menguasai sepenuhnya aksi separuh masa pertama dengan meledak tiga gol menerusi dua jaringan Sadio Mane serta gol Ibrahima Konate.

Bagaimanapun, The Citizens bangkit dengan dua gol pada separuh masa kedua hasil ja­ringan Jack Grealish dan Bernardo Silva, namun masih belum cukup untuk menyekat kemaraan Liverpool.

“Kami berikan segala-gala­nya di separuh masa kedua selepas kami melepaskan tiga gol pada separuh masa pertama. Gol pertama berpunca daripada bola mati sementara gol kedua disebabkan kesilapan individu.

“Kami berjaya dapatkan momentum selepas waktu rehat dan ada beberapa peluang untuk menyamakan kedudukan, tetapi tidak berhasil. Satu perlawanan yang sukar kerana kami berdepan jadual padat sebelum ini,” kata Guardiola.

Bekas jurulatih Barcelona itu juga enggan menyalahkan penjaga gol, Zack Steffen akibat gol ‘bodoh’ yang berpunca daripada kesilapan pemain antarabangsa Amerika Syarikat (AS) itu.

“Bagi saya, gol itu tidak di­sengajakan kerana dia (Steffen) sebenarnya memiliki kawalan bola cukup baik. Insiden ini mungkin jadi pengajaran supaya dia tidak mengulanginya pada masa hadapan,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI