fbpx

Frigat Jebat gentarkan bot nelayan asing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KD Jebat mengusir bot nelayan sehingga keluar meninggalkan sempadan perairan negara dekat Pulau Perak semalam.

LUMUT – Cubaan pencerobohan 21 bot nelayan asing untuk memasuki perairan negara terhalang sebaik menyedari kehadiran kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) sekitar perairan Pulau Perak di Kedah semalam.

Markas Pemerintahan Armada Barat dalam satu kenyataan memaklumkan, bot-bot berkenaan dikesan cuba menceroboh perairan negara pada pukul 4.30 petang.

Menurut kenyataan itu, penyaluran maklumat yang pantas menerusi Maritime Component Commander (MCC) Barat telah mengatur gerak aset yang terhampir iaitu frigat KD Jebat.

“Terdahulu, pesawat rondaan maritim, B200T Tentera Udara Diraja Malaysia telah berjaya mengesan bot-bot ini di dua posisi berbeza iaitu pada 36 batu nautika Selatan Pulau Perak dan 40 batu nautika Barat Laut Pulau Jarak.

“Susulan itu, KD Jebat dikerah ke lokasi pengesanan awal iaitu di sekitar perairan Selatan Pulau Perak,” ujar kenyataan itu.

Setiba di posisi pengesanan, KD Jebat melakukan tindakan pengusiran ke atas tiga buah bot dan kekal membayangi sehingga keluar meninggalkan sempadan perairan negara.

Baki 18 buah bot nelayan lain dipercayai telah meninggalkan perairan negara setelah menyedari kehadiran aset pertahanan maritim negara. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI