fbpx

Luahan Pembaca: Belajar menabung elak habis duit bayar bil perubatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENGURUSAN kewangan yang baik boleh mengelak seseorang itu terjebak kepada sebarang masalah di kemudian hari.

SAUDARA PENGARANG,

PEPATAH Melayu banyak mengajar kita tentang kehidupan dan bagaimana mengurus keluarga dengan baik. Salah satunya adalah pepatah yang berbunyi, ‘berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian.’

Persediaan untuk menghadapi sebarang kemungkinan memang perlu. Biarlah kita berkorban ketika ini, asalkan kita tidak menangung keperitan di kemudian hari.

Sebagai seorang anak, saya telah mengalami situasi ini sehingga seluruh kehidupan saya berubah. Saya perlu melakukan tiga pekerjaan semata-mata untuk memenuhi keperluan orang tua.

Segala urusan berkaitan kewangan terletak di bahu saya. Sekalipun mempunyai anak dan isteri, saya masih perlu menanggung rawatan bapa yang kini menderita sakit.

Bapa saya merupakan bekas pekerja yang berjawatan tinggi, dan tidak pernah terfikir yang dia bakal berdepan dengan masalah buah pinggang. Tidak hanya menderita sakit, malah semua duit pencen terpaksa dihabiskan untuk membayar bil rawatan.

Sampai ke satu tahap, kedua-dua orang tua menyuarakan rasa kesal mereka kerana telah menyusahkan kehidupan saya.

Bagaimanapun, sebagai anak, saya sentiasa reda dan ikhlas berbuat baik demi mereka. Kesilapan kami mungkin terletak kepada cara menguruskan kewangan.

Alangkah baiknya jika kami bersedia lebih awal, termasuk menyimpan lebih banyak tabungan serta aset yang boleh digunakan ketika ini. Mungkin keperitannya tidak akan terlalu dirasai apabila kesakitan itu tiba.

ANAK BAPA
Dungun, Terengganu

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI