fbpx

21 leka main judi nombor ekor, lumba kuda dicekup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANTARA sebahagian individu ditahan kerana terlibat dengan aktiviti perjudian online, nombor ekor dan lumba kuda haram di sekitar bandar raya Johor Bahru, semalam.

JOHOR BAHRU – Polis Johor berjaya menahan 21 individu termasuk dua wanita yang dipercayai terlibat dengan aktiviti perjudian online, nombor ekor haram dan juga pertaruhan haram lumba kuda di sekitar bandar raya ini, semalam.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, kesemua suspek ditahan dalam sembilan serbuan berasingan bermula pukul 1.35 hingga 5.14 petang.

Menurut beliau, mereka yang ditahan berusia antara 20 hingga 75 tahun.

“Hasil serbuan yang dijalankan, polis turut merampas pelbagai barangan antaranya 25 telefon bimbit, dua mesin pencetak, satu tablet, satu modem dan wang tunai berjumlah RM7,590.

“Kesemua suspek yang ditahan akan disiasat mengikut Seksyen 4(1)(c) Akta Rumah Judi Terbuka 1953,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Tambah Raub, operasi berkenaan dijalankan sepasukan pegawai dan anggota dari Balai Polis Larkin dan Balai Polis Setia Indah.

“Sehubungan itu, kami meminta bantuan awam untuk menyalurkan sebarang maklumat berkaitan aktiviti judi haram yang berlaku di sekitar kawasan mereka di talian 07-2182323 atau kunjungi mana-mana balai polis berhampiran,” ujarnya.- KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI