fbpx

Yayasan Bank Rakyat, Gema anjur Semarak Ramadan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Noh (tiga dari kanan) menyantuni anak yatim ketika Program Semarak Ramadan semalam.

PETALING JAYA – Yayasan Bank Rakyat (YBR) dengan kerjasama Gerakan Mahasiswa Tanjong Karang (Gema) telah menganjurkan Program Semarak Ramadan dalam usaha menyantuni golongan asnaf dan anak yatim.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh Omar berkata, program tersebut dilihat sebagai inisiatif dalam memberi sedikit kebahagian kepada mereka yang tidak bernasib baik ketika berdepan dengan pasca pandemik Covid-19 serta memberi sinar keceriaan dalam menyambut bulan Ramadan.

“Saya berharap lebih banyak program sebegini dapat diadakan dimana ia sekali gus dapat merapatkan lagi ukhuwah antara organisasi luar dengan masyarakat sesama bangsa dan agama,” jelasnya ketika merasmikan majlis tersebut semalam.

Tambahnya lagi, program tersebut amat memfokuskan mereka yang tidak bernasib baik dan yang kurang mendapat perhatian masyarakat luar.

Turut hadir, Ahli Lembaga Pemegang Amanah YBR, Datuk Mohd. Shahrizal Sahri serta Pengurus Jabatan Program YBR, Mohd. Mukhti Abd Rahman.

Dalam pada itu, Mohd. Shahrizal berkata, program yang melibatkan 100 orang peserta itu diharapkan dapat memberikan sedikit ilmu serta pengalaman kepada mereka dalam menghayati keberkatan, kepentingan, tuntutan dan cabaran beramal sepanjang bulan Ramadan.

Antara pengisian program adalah gotong-royong menyediakan bubur lambuk, majlis berbuka puasa dan solat Maghrib berjemaah, Solat Isya’ dan Tarawih, moreh, slot motivasi, Gerak Sahur, Qiamullai dan solat subuh berjemaah serta riadah. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI