fbpx

Virus Covid-19 pada bungkusan durian dari Thailand

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Proses kemasukan bungkusan ke China akan ditangguh selama tiga hari sekiranya pihak berkuasa kesihatan tempatan mengesan virus Covid-19 pada mana-mana bahagian barangan. - Google

BANGKOK – Bungkusan  yang mengandungi buah durian dari Thailand dilaporkan dicemari  virus Covid-19 ketika melalui pusat pemeriksaan di Mohan, iaitu bandar  sempadan di China, lapor laman berita  Thaiger kelmarin.

Menurut beberapa pegawai kesihatan China, virus Covid-19 itu ditemui pada trak dan permukaan pembungkusan.

Tiada sebarang penjelasan diberikan tentang bagaimana perkara itu boleh berlaku dan tindakan susulan yang dilakukan.

Gabenor Wilayah  Chanthaburi di Thailand, Suthee Thongyaem telah mengarahkan peniaga buah-buahan untuk mematuhi langkah kawalan penyakit dan pekerja mereka mesti melakukan ujian calitan Covid-19 secara berkala.

“Pemeriksaan rutin Covid-19 bagi pekerja mesti dilakukan oleh pihak berkuasa sebelum sebarang penghantaran dilakukan.

“Ini kerana jika pihak berkuasa di luar negara mengesan terdapat jangkitan, sela masa tiga hari akan dikenakan sebelum proses penghantaran diteruskan,” jelas Suthee.

Jawatankuasa kawalan penyakit wilayah Chanthaburi kini mengambil langkah berjaga-jaga yang diperlukan untuk membendung jangkitan yang didakwa oleh pihak berkuasa China.

Menteri Pertanian dan Koperasi Thailand, Chalermchai Sri-on menegaskan bahawa agensi yang bertanggungjawab terhadap barangan import perlu lebih teliti terutamanya jika melibatkan  produk yang dihantar ke China.

“Kita perlu lebih peka dengan isu penyebaran  virus Covid-19  pada bungkusan bagi mengelak masalah seperti China menghentikan import durian kita,” tegas Chalermchai.

Pengarah Pejabat Penyelidikan dan Pembangunan Pertanian, Chonlatee Numnoo memaklumkan bahawa kira-kira 25,000 tan durian atau empat peratus daripada jumlah pengeluaran durian Thailand dihantar ke China. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI