fbpx

Tindakan tegas terhadap syarikat penerbangan menyalahi Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan – PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail Sabri (dua dari kanan) diiringi Noh Omar (kanan) menunjukkan ayam yang dijual dengan harga RM5 seekor sempena Jualan Murah Semarak Ramadan Keluarga Malaysia di Pasaraya MG KoopMart-KopBera di Bera hari ini.

BERA – Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, tindakan tegas perlu diambil terhadap mana-mana syarikat penerbangan yang didapati menaikkan harga tiket yang melampau sehingga membebankan pengguna.

Beliau berkata telah meminta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) melihat sama ada tindakan menaikkan harga sehingga 500 peratus ini menyalahi Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan selain meminta Kementerian Pengangkutan memanggil syarikat terbabit.

“RM2,000 (tiket ke Sabah) sekarang sama mahal ke London, jadi saya suddah minta Kementerian Pengangkutan memanggil syarikat-syarikat penerbangan untuk minta menurunkan harga dan dalam masa sama KPDNHEP perlu tegas terhadap mana-mana pihak tidak kira syarikat besar atau kecil mana yang ambil keuntungan berlebihan dan salah di bawah akta anti pencatutan perlu diambil tindakan segera.

“Kita tidak akan membiarkan para peniaga mengambil kesempatan sewaktu musim puasa dan raya ini untuk memberi tekanan kepada rakyat,”katanya ketika berucap pada majlis perasmian MG CoopMart-KopBera dan Jualan Murah Semarak Ramadan Keluarga Malaysia di sini hari ini.

Yang hadir sama Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh Omar.

Baru-baru ini timbul isu tambang harga tiket kapal terbang apabila semakan menerusi sesawang rasmi dua syarikat penerbangan tempatan, Malaysia Airlines (MAS) dan Air Asia mendapati harga tambang kapal terbang khususnya ke Sabah melonjak 20 kali ganda berbanding harga asal antara RM1,800 hingga hampir RM4,000 sehala.

Menurut Ismail Sabri beliau dimaklumkan Menteri Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong telah mengadakan perjumpaan dengan syarikat-syarikat penerbangan bagi mengkaji semula kenaikan harga yang agak melampau itu.

Katanya, kenaikan melampau ini tidak wajar kerana ia sudah tentu membebankan pengguna apatah lagi mereka yang merancang pulang ke kampung masing-masing.

“Saya beritahu kalau tambang pesawat ke Kedah naik harga mereka hendak balik kampung boleh balik dengan kereta, ada alternatif tetapi kalau tiket penerbangan ke Sabah dan Sarawak naik, mereka hendak naik apa tak kan naik kereta balik Sabah,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI