fbpx

Suami pasang sepanduk sokong minat isteri pada bintang K-pop

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang lelaki sedang memasang sepanduk khas di halaman rumah yang memaparkan suntingan gambar isterinya di samping anggota EXO, Sehun. - Instagram

JAKARTA – Seorang suami di Indonesia mendapat pujian ramai apabila menyokong minat si isteri yang begitu meminati penyanyi K-pop dengan memasang sepanduk khas di halaman rumah.

Menurut laporan laman Suara.com, lelaki itu dirakam sedang memasang sepanduk yang memaparkan suntingan gambar isterinya duduk bersebelahan anggota kumpulan EXO, Sehun, manakala foto dirinya terletak jauh daripada mereka berdua.

Aksi tersebut dimuat naik di laman Instagram @insta_julid yang menerangkan sepanduk itu adalah tanda sayang lelaki itu kepada isterinya.

“Suami yang tidak cemburu malah menyokong minat isteri hingga sanggup mencetak sepanduk dengan konsep cinta tiga segi untuk dipasang di halaman rumah,” tulis keterangan gambar.

Kegigihan lelaki itu menuai pujian pengguna media sosial terutama peminat K-pop yang berasakan ia satu perbuatan yang sangat mengharukan. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI