fbpx

Semangat Tuchel belum padam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
tuchel berharap Chelsea meraih sekurang-kurangnya satu trofi musim ini selepas cemerlang pada musim pertamanya di Stamford Bridge. – AFP

LONDON – Pengurus Chelsea, Thomas Tuchel memberi gambaran bahawa tugas memburu Manchester City dan Liverpool menyebabkan beliau sentiasa bangun awal dan bersemangat menuju padang latihan.

Chelsea yang berada di kedudukan ketiga ketika ini ke­tinggalan agak jauh berban­ding dua pasukan tersebut, selain tersingkir daripada saingan Liga Juara-Juara selepas tumbang kepada Real Madrid sebelum ini.

Musim ini juga menyaksikan The Blues terlepas peluang untuk merangkul Piala Liga Inggeris apabila tewas pada aksi final menerusi penentuan penalti kepada Liverpool dan Piala FA mungkin menjadi satu-satunya peluang untuk mereka mengubat kekecewaan.

Skuad kendalian Tuchel akan turun menentang Crystal Palace di Wembley malam ini pada aksi separuh akhir saingan tersebut dan sekiranya berjaya mereka mungkin akan bertemu salah satu pasukan sama ada kendalian Pep Guardiola ataupun Jurgen Klopp di final nanti.

“Kami sedang bersaing de­ngan dua pasukan yang sangat konsisten atau mungkin mereka adalah pasukan terbaik dalam sejarah Liga Perdana Inggeris setakat ini, tetapi saya amat menyukai situasi ini.

“Ia membuatkan saya sentiasa bangun awal dari tidur dan tidak pernah berhenti memikirkan cara untuk kami merapatkan jurang kerana peluang itu masih ada.

“Kami masih bersaing dan kami belum berhenti berusaha untuk memungut mata seba­nyak yang mungkin. Kami akan melakukan analisis dan mencari apakah perkara yang baik untuk memastikan pasukan ini meningkat.

“Musim ini menyaksikan isu kecederaan dan jangkitan Co­vid-19 membuatkan prestasi kami terganggu, tetapi kami berjaya untuk terus berada dalam kelompok elit dalam saingan ini,” jelasnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI