fbpx

Sarah Hildebrand ucap selamat tinggal kepada dunia hiburan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SARAH HILDEBRAND

PETALING JAYA – Pelakon juga pengacara Sarah Hildebrand membuat kejutan apabila mengumumkan persaraannya daripada industri seni hiburan.

Pemilik nama lengkap Nur Sarah Marie Hildebrand Asyraf Hildebrand membuat pengumumam tersebut menerusi sebuah video yang dimuat naik dalam InstaStory miliknya.

“Saya ingin membuat pengumuman bahawa saya telah bersara daripada industri seni hiburan Malaysia. Saya sudah lama menolak pelbagai tawaran untuk berlakon dan juga mengacara.

“Saya minta maaf kerana menolak banyak tawaran daripada produksi. Saya minta maaf kerana tidak memberikan respons. Saya mengumumkan bahawa saya telah bersara,” katanya.

Ujar pelakon berusia 32 tahun itu lagi, dia berharap pengumuman tersebut dapat ditularkan supaya ramai pihak tahu bahawa dirinya sudah pun bersara daripada industri seni hiburan tempatan.

Dalam video tersebut, pelakon drama Pujaan Hati Kanda itu turut mengucapkan penghargaan kepada ramai pihak kerana memberi peluang kepadanya untuk bergelar pelakon selama lebih kurang 10 tahun bertapak dalam industri.

“Selamat tinggal semua. Terima kasih kerana menerima dalam dalam industri selama lebih kurang 10 tahun dan mencipta pelbagai memori manis ketika bergelar seorang pelakon.

“Saya akan abadikan pengalaman indah ini sebagai kenangan. Terima kasih kerana pengalaman sebagai pelakon dan pengacara ini membantu saya untuk menjadi lebih matang. Jumpa anda di lain masa,” jelasnya sambil memberi hadiah ‘flying kiss’ dihujung video tersebut.

Selepas sekian lama mendiamkan diri, baru-baru ini Sarah tampil berkongsi kenyataan apabila memerli sikap sesetengah pihak yang dirasakan ‘acah-acah’ baik hanya pada bulan Ramadan.

Sarah dikatakan tidak berpuas hati dengan amalan hidup berkenaan dan berpendapat, orang Islam seharusnya berkeperibadian positif bukan hanya pada bulan Ramadan yang dianggap paling mulia dalam agama Islam.

“Kalian tahu tak apa yang saya rasa kelakar tentang orang Islam pada bulan Ramadan adalah mereka fikir, itu sahaja bulan nak buat benda-benda baik.

Sekadar info, Sarah berkahwin dengan seorang lelaki warganegara Amerika Syarikat bernama Otto Gillen pada 3 November 2019.

Pada 2020, media tempatan melaporkan bahawa Sarah tidak lagi bertudung dan penampilan terbaharunya itu mendapat sokongan daripada suaminya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI